Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Ramai dikalangan kita yang hanya tahu menyebut perkataan Allah. Sedangkan Allah itu, bukan berhuruf dan bukan bersuara. Yang kita lafazkan perkataan Allah itu, adalah namanya Allah.

Sebagai orang islam yang sebenar, kita bukan sahaja hendak ingat atau hendak sebut nama, sebaiknya kita hendak sebut dan hendak ingat kepada tuan yang empunya nama!. Allah itu bukan sekadar nama. Allah itu adalah tuan yang empunya nama. Iaitu Allah yang tidak bersuara dan tidak berhuruf. Bagaimana cara untuk ingat akan Allah?.

Yang kita selalu sebut itu, hanya namaNya. Sebut nama sahaja tidak memadai, sebaliknya hendaklah menyebut perkataan Allah dengan ingat kepada tuan yang empunya nama. Bagaimana caranya nak ingat Allah?. Ingat Allah itu, bukan dengan sebut nama sahaja. Allah bukan nama, Allah itu zat yang tidak berhuruf dan tidak bersuara!. Bagaimana cara untuk ingat Allah?.

Allah bukan berupa suara yang keluar dari bibir mulut, Allah bukan sebagaimana yang kita gambar-gambarkan dan Allah itu bukan sebagaimana yang kita bayang-bayangkan. Selagi kita dapat bayangkan, itu bukan Allah dan selagi dapat kita gambar-gambarkan, itu bukan Allah. Oleh itu bagaimana nak ingat Allah?.

Semasa kita angkat takbir, bagaimana cara kita nak ingat Allah, bagaimana cara nak letakkan ingatan kita?. Dimana nak letak ingatan kita kepada Allah, Jika setakat tahu sebut nama, itu bukan tanda ingat Allah. Oleh itu bagaimana cara dan tanda ingat kepada Allah?.

Allah bukan serupa dengan perkataan yang keluar dari sebutan bibir mulut, Yang keluar dari bibir itu, adalah suara makhluk, apakah Allah itu berupa serupa degan suara bibir makhluk?.

Yang kita tulis perkataan Allah dengan bahasa Arab itu, itu bukan Allah. Allah bukan berbentuk dalam bentuk tulisan dan disangkut didinding-dinding rumah. Allah itu bersifat LAISA KAMISLIHI SAIUN`(bersalahan dengan yang baharu). Allah tidak sama dengan suara makhluk dan tidak sama dengn tulisan!. Allah itu zat tuan kepada yang empunya nama dan tuan kepada yang empunya huruf tulisan.

Dimana tempat ingat kepada Allah? Dimana tempat nak letak ingatan kita kepada Allah?.
Jika letak dihati, dimanakah bertempatnya hati?. Hati halus bukan bertempat didalam dada dan bukan bertempat diluar dada. Hati yang ada di dalam dada itu ,adalah hati kasar. yang dikatakan hati itu, adalah merujuk kepada hati halus. Mana hati halus?, hati halus bukan berada didalam dada dan bukan berada di luar dada!. Mana hati?


Bagaimana cara nak ingat Allah, bagaimana cara nak meletakkan ingatan kpd Allah dan bagaimana cara menbempatkan Allah di dalam hati sedanngkan hati bkn didalam dada?.